
Re: Komen atau cerita anda selepas 1st gathering
scotty_dalila wrote:
memang menyentuh perasaan la cerita abg camar
patut pun amik seminggu nak karang ayat!
anymay congrates to u all!
kita hidupkan lagi semangat kita k?
Cerita macam ini, kalau kita simpan je di hati, tak akan ada orang yang tahu. Ianya berkubur di sudut ingatan, lupus dan terhapus bila tuan yang empunya diri terputus hubungan dengan dunia nyata. Tak semua insan ada daya imiginasi untuk luahkan apa yang tersimpan di ingatannya. Kita hidup melalui sejarah, sejarah itu mendewasakan. Kita hidup bermesyuarah, dalamnya ada kebaikan. "Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua".