Posts Tagged ‘beautiful girls’

Walaupun Semput, Toi Melepasi Cabaran Konsert Ke-5

Sunday, April 20th, 2008

Bukan calang-calang lagu yang dipersembahkan oleh Toi pada Konsert Kelima Akademi Fantasia 6; Beautiful Girls dendangan Sean Kingston. Lagu berkonsep pop-reggae ini mempunyai lirik yang agak panjang dan juga melodi yang bukan mudah untuk di-ikut.

Terdapat detik-detik dimana Toi memang jelas tidak dapat menyampaikan nyanyian dengan baik, namun secara keseluruhannya saya merasakan dia telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuannya. Mungkin interaksi bersama penari latar sahaja yang amat berkurangan.

Walaubagaimanapun, Toi telah menunjukkan kawalan yang baik dalam persembahannya tanpa memerlukan selebriti bantuan ataupun gimik-gimik persembahan yang nampaknya masih berleluasa di dalam Akademi Fantasia.

Sumbangan undian dari penyokong-penyokong Toi telah mengekalkannya di AF. Nasib agak malang bagi Saida yang tersingkir pada penghujung konsert ini. Tapi mungkin hikmahnya ialah Saida akan kembali ke pangkuan keluarganya yang sentiasa dirindui.

Semoga Toi dapat kekal di Akademi Fantasia sehingga finals.