Posts Tagged ‘af6’

Walaupun Semput, Toi Melepasi Cabaran Konsert Ke-5

Sunday, April 20th, 2008

Bukan calang-calang lagu yang dipersembahkan oleh Toi pada Konsert Kelima Akademi Fantasia 6; Beautiful Girls dendangan Sean Kingston. Lagu berkonsep pop-reggae ini mempunyai lirik yang agak panjang dan juga melodi yang bukan mudah untuk di-ikut.

Terdapat detik-detik dimana Toi memang jelas tidak dapat menyampaikan nyanyian dengan baik, namun secara keseluruhannya saya merasakan dia telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuannya. Mungkin interaksi bersama penari latar sahaja yang amat berkurangan.

Walaubagaimanapun, Toi telah menunjukkan kawalan yang baik dalam persembahannya tanpa memerlukan selebriti bantuan ataupun gimik-gimik persembahan yang nampaknya masih berleluasa di dalam Akademi Fantasia.

Sumbangan undian dari penyokong-penyokong Toi telah mengekalkannya di AF. Nasib agak malang bagi Saida yang tersingkir pada penghujung konsert ini. Tapi mungkin hikmahnya ialah Saida akan kembali ke pangkuan keluarganya yang sentiasa dirindui.

Semoga Toi dapat kekal di Akademi Fantasia sehingga finals.

Persembahan Yang Cukup Masin

Sunday, April 13th, 2008

Entahlah, saya rasa konsert ke-empat Akademi Fantasia 6 sungguh tidak memberangsangkan. Walaupun saya merupakan penyokong setia Toi, namun tidak dapat dinafikan bahawa persembahan lagu “Laukku Cukup Masin” adalah hambar. Bagi anda yang ketinggalan persembahan Toi pada konsert itu, saksikanlah video berikut.

(more…)

Toi Melepasi Cabaran Konsert Pertama

Monday, March 24th, 2008

Nampaknya Toi berjaya menambat hati para pengkritik dengan persembahan lagu “Pagi Yang Gelap” (artis asal: Hujan). Persembahannya agak santai namun berjaya menyampaikan mesej lagu itu dengan jelas dan efektif.

(more…)

Toi Menunjukkan Kematangan Dalam Menghadapi Konflik

Thursday, March 20th, 2008

Nampaknya keadaan di dalam Akademi Fantasia tidaklah sentiasa tenang dan damai. Dalam diari Akademi Fantasia hari ini kita telah menyaksikan bagaimana Riz telah ditegur kerana sikapnya yang dikatakan memonopoli bilik latihan nyanyian. Namun itu hanyalah permulaan kepada pengalaman perit untuk Riz.

(more…)

Call To Action: Toi Memerlukan Undian Anda!

Wednesday, March 19th, 2008

Ketika saya menulis artikel ini, Toi berada di kedudukan kedua terakhir dalam carta kedudukan AFUNDI Akademi Fantasia 6. Kepada anda yang masih belum meng-AFUNDI Toi, izinkan saya menyenaraikan sebab-sebab mengapa anda patut menghantarkan SMS AFUNDI TOI ke 32999.

(more…)