Archive for April, 2008

Walaupun Semput, Toi Melepasi Cabaran Konsert Ke-5

Sunday, April 20th, 2008

Bukan calang-calang lagu yang dipersembahkan oleh Toi pada Konsert Kelima Akademi Fantasia 6; Beautiful Girls dendangan Sean Kingston. Lagu berkonsep pop-reggae ini mempunyai lirik yang agak panjang dan juga melodi yang bukan mudah untuk di-ikut.

Terdapat detik-detik dimana Toi memang jelas tidak dapat menyampaikan nyanyian dengan baik, namun secara keseluruhannya saya merasakan dia telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuannya. Mungkin interaksi bersama penari latar sahaja yang amat berkurangan.

Walaubagaimanapun, Toi telah menunjukkan kawalan yang baik dalam persembahannya tanpa memerlukan selebriti bantuan ataupun gimik-gimik persembahan yang nampaknya masih berleluasa di dalam Akademi Fantasia.

Sumbangan undian dari penyokong-penyokong Toi telah mengekalkannya di AF. Nasib agak malang bagi Saida yang tersingkir pada penghujung konsert ini. Tapi mungkin hikmahnya ialah Saida akan kembali ke pangkuan keluarganya yang sentiasa dirindui.

Semoga Toi dapat kekal di Akademi Fantasia sehingga finals.

Persembahan Yang Cukup Masin

Sunday, April 13th, 2008

Entahlah, saya rasa konsert ke-empat Akademi Fantasia 6 sungguh tidak memberangsangkan. Walaupun saya merupakan penyokong setia Toi, namun tidak dapat dinafikan bahawa persembahan lagu “Laukku Cukup Masin” adalah hambar. Bagi anda yang ketinggalan persembahan Toi pada konsert itu, saksikanlah video berikut.

(more…)

Toi Berjaya Ke Top 10!

Wednesday, April 9th, 2008

Maaf kerana lambat menulis artikel ini, tapi bak kata pepatah Inggeris “Better late than never!”

Pada Sabtu lepas, kita dikejutkan dengan penyingkiran dua pelajar Akademi Fantasia 6 iaitu Naim dan Lufya. Toi pula hanya cukup-cukup mengumpul undian pada malam itu untuk berada di posisi ketiga terakhir. Mujurlah sokongan dari pengundi cukup untuk mengelakkan Toi dari tersingkir.

Kepada anda yang tidak dapat menonton konsert ketiga Toi, saksikanlah video klip persembahannya pada malam itu dibawah:

(more…)