Archive for the ‘Berita’ Category

Walaupun Semput, Toi Melepasi Cabaran Konsert Ke-5

Sunday, April 20th, 2008

Bukan calang-calang lagu yang dipersembahkan oleh Toi pada Konsert Kelima Akademi Fantasia 6; Beautiful Girls dendangan Sean Kingston. Lagu berkonsep pop-reggae ini mempunyai lirik yang agak panjang dan juga melodi yang bukan mudah untuk di-ikut.

Terdapat detik-detik dimana Toi memang jelas tidak dapat menyampaikan nyanyian dengan baik, namun secara keseluruhannya saya merasakan dia telah melakukan yang terbaik mengikut kemampuannya. Mungkin interaksi bersama penari latar sahaja yang amat berkurangan.

Walaubagaimanapun, Toi telah menunjukkan kawalan yang baik dalam persembahannya tanpa memerlukan selebriti bantuan ataupun gimik-gimik persembahan yang nampaknya masih berleluasa di dalam Akademi Fantasia.

Sumbangan undian dari penyokong-penyokong Toi telah mengekalkannya di AF. Nasib agak malang bagi Saida yang tersingkir pada penghujung konsert ini. Tapi mungkin hikmahnya ialah Saida akan kembali ke pangkuan keluarganya yang sentiasa dirindui.

Semoga Toi dapat kekal di Akademi Fantasia sehingga finals.

Toi Berjaya Ke Top 10!

Wednesday, April 9th, 2008

Maaf kerana lambat menulis artikel ini, tapi bak kata pepatah Inggeris “Better late than never!”

Pada Sabtu lepas, kita dikejutkan dengan penyingkiran dua pelajar Akademi Fantasia 6 iaitu Naim dan Lufya. Toi pula hanya cukup-cukup mengumpul undian pada malam itu untuk berada di posisi ketiga terakhir. Mujurlah sokongan dari pengundi cukup untuk mengelakkan Toi dari tersingkir.

Kepada anda yang tidak dapat menonton konsert ketiga Toi, saksikanlah video klip persembahannya pada malam itu dibawah:

(more…)

Persembahan Konsert AF Kedua Toi Hangat!

Monday, March 31st, 2008

Maafkan saya kerana tidak menulis coretan ini lebih awal, cuma keadaan tak beberapa mengizinkan. Pada Sabtu yang lepas kita telah dapat menyaksikan bagaimana Toi berjaya mendendangkan lagu Sang Pencinta dengan baik.

(more…)

Permulaan Yang “Panas” Bagi Toi Di Akademi Fantasia

Tuesday, March 18th, 2008

Seperti yang saya katakan, saya mengenali Toi sejak beliau berkerja di Anjung Warisan. Sepanjang pengenalan saya dengan Toi, banyak jugalah cerita mengenai dirinya yang telah dikongsi oleh beliau sendiri dan juga rakan-rakannya yang lain.

(more…)