Toi Menunjukkan Bakat Lakonannya

Tahniah kepada Toi dan ahli-ahli kumpulannya kerana memenangi cabaran lakonan. Hadiah yang dimenangi juga bukan calang-calang; sebuah telefon bimbit Nokia!

Toi, memandangkan kau dah ada handphone baru, kau tolak ajelah Sony Ericsson lama kau tu kat aku harga member-member :)

Seperti yang saya pernah katakan, saya mengenali Toi agak lama juga lah. Entah berapa kali kami berborak di Anjung Warisan ketika Toi sedang break selepas menghiburkan pengunjung dengan mainan angklungnya.

Toi ni memang mempunyai kekuatan ekspresi. Setiap kali Toi menceritakan sesuatu, dia memang secara naturalnya akan melakonkan semula babak-babak yang diceritakan.

Sebagai kawan, saya yakin beliau bukan sahaja dapat menimba ilmu vokal di Akademi Fantasia. Tenaga pengajar juga menumpukan latihan kepada aspek-aspek seni persembahan sokongan seperti lakonan dan juga tarian.

Mudah-mudahan Toi akan berkongsi pengalamannya di Akademi Fantasia bersama kami di JB.

Terima kasih kepada para penyokong Toi, kedudukan Toi di carta AFUNDI menunjukkan kemajuan. Teruskan sokongan anda dengan meng-AFUNDI TOI.

One Response to “Toi Menunjukkan Bakat Lakonannya”

  1. Ieta Says:

    mula2 saya sokong toi disbbkan toi ni dari JB sbb saya pun frm JB town gak, hehe..lama2 baru saya lihat kelebihan toi yg lain. makin lama makin suka plak tgk dia kat diary dan konsert. kalau dia tersingkir tentu saya akan bersedih. harap website ni diteruskan kerana kami ingin mengetahui perkembangan toi walaupun selepas akademi berakhir.

Leave a Reply