Toi Melepasi Cabaran Konsert Pertama
Nampaknya Toi berjaya menambat hati para pengkritik dengan persembahan lagu “Pagi Yang Gelap” (artis asal: Hujan). Persembahannya agak santai namun berjaya menyampaikan mesej lagu itu dengan jelas dan efektif.
Terus terang, saya sebenarnya amat gementar ketika menonton konsert pertama Akademi Fantasia 6. Sebab utamanya ialah kedudukan Toi yang pada kali terakhir dirujuk adalah dalam kelompok tiga terakhir.
Lebih merungsingkan melihat terdapat pelajar-pelajar yang tenyata tidak dapat membuat persembahan yang baik, tetapi meraih undi melalui rupa paras dan mungkin juga ikatan keluarga masing-masing.
Namun saya amat lega kerana Toi berjaya meneruskan pembelajarannya di Akademi Fantasia. Apakah assignment lagu yang akan diberikan kepada Toi untuk konsert minggu hadapan?
Tags: af6, akademi fantasia, konsert akademi fantasia, toi
April 2nd, 2008 at 4:56 am
Alhamdullillah…
Toi still in.actually for almost everyday in these 2 week aku try siasat apa pendapat org ttg performance Toi..
Some of them said “so-so” (better than hancor like Ika)
some said “bolehlah,tggu kena polish..”
But,i believe in him.sama2 doa n AFUNDI dia..