Toi Menunjukkan Kematangan Dalam Menghadapi Konflik

Nampaknya keadaan di dalam Akademi Fantasia tidaklah sentiasa tenang dan damai. Dalam diari Akademi Fantasia hari ini kita telah menyaksikan bagaimana Riz telah ditegur kerana sikapnya yang dikatakan memonopoli bilik latihan nyanyian. Namun itu hanyalah permulaan kepada pengalaman perit untuk Riz.

Selepas menegur perbuatan Riz, Pengetua Ramli M.S. telah membuka ruang kepada pelajar-pelajar lain untuk menyuarakan pendapat mereka tentang isu itu. Maka, hampir semua pelajar AF telah menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap perlakuan Riz.

Walaupun sesi itu berlalu dengan tenang dan Riz nampaknya mula memahami perlakuannya yang telah sedikit sebanyak menyinggung perasaan rakan pelajar yang lain, tidak dapat dinafikan terdapat teguran yang secara asasnya terlalu keras, malah mungkin menjurumus kepada assumption atau tanggapan semata-mata.

Riz kemudiannya telah meluahkan perasaan sedihnya kepada Naim dan Toi.

Sebagai abang paling tua di AF, Toi menasihatkan Riz bahawa adalah lebih penting untuk memperbetulkan apa yang telah ditegur. Bagi tanggapan-tanggapan yang nampaknya tidak berasas pula, Toi menyatakan bahawa itu adalah antara sifat yang selalu kita jumpa dalam orang-orang yang tak beberapa mengenali diri kita. Sekurang-kurangnya Riz kini tahu persepsi pelajar-pelajar lain terhadapnya.

Jadi jangan terpedaya dengan penampilan Toi yang kadangkala melucukan itu. Ini kerana disebalik kelucuan yang selalu ditonjolkannya itu terselindung jiwa yang matang dan terbuka.

Marilah kita mendoakan kejayaan Toi di Akademi Fantasia 6 ini. Selain itu, teruskan meng-AFUNDI TOI untuk memperbaiki kedudukannya dalam carta undian.

Tags: , , , ,

Leave a Reply