Toi Masih Kekal Di Akademi Fantasia

Secara terus terang saya agak terperanjat Toi masih di dalam Akademi Fantasia. Walaupun laman web ini merupakan kelab penyokong Toi, namun sebagai kawan saya mesti jujur; Toi, dua konsert terakhir kau agak kureng lah.

Persembahan konsert ketujuh (lagu Syakilla pada malam tadi) boleh dikatakan membosankan berbanding konsert keenam minggu lepas (lagu Tak Bisakah). Saya tidak tahu, adakah Toi sudah tiada semangat lagi untuk kekal di Akademi Fantasia, jadi dengan sengaja dia melakukan persembahan yang hambar.

Walaupun itu adalah pendapat peribadi saya, namun saya masih berharap agar Toi meningkatkan usaha beliau untuk memberi persembahan yang jauh lebih baik dari apa yang telah beliau lakukan selama sebulan yang lepas.

Saya ingin membuat perbandingan persembahan dua konsert terakhir Toi, namun sayangnya video persembahan malam tadi masih belum ada di YouTube, jadi saya hanya boleh menunjukkan video konsert keenam Toi, Tak Bisakah:

One Response to “Toi Masih Kekal Di Akademi Fantasia”

  1. ieta Says:

    setuju..tapi selain dari faktor persembahan dorang juga undi based on populariti. macam ebi taun lepas persembahan hampeh, suara hampeh, tapi org undi gak hingga dpt naib juara sebab dia lebih popular, lebih disukai. toi pun ada aura dan karakter yang tersendiri yg buat dia disukai dan kekal smpi sekarang. saya pun tak sangka toi masih bertahan lagi.

Leave a Reply