Persembahan Yang Cukup Masin

Entahlah, saya rasa konsert ke-empat Akademi Fantasia 6 sungguh tidak memberangsangkan. Walaupun saya merupakan penyokong setia Toi, namun tidak dapat dinafikan bahawa persembahan lagu “Laukku Cukup Masin” adalah hambar. Bagi anda yang ketinggalan persembahan Toi pada konsert itu, saksikanlah video berikut.

Ia pastinya bukanlah persembahan terbaik Toi di sepanjang AF6. Namun, bukan persembahan Toi sahaja yang hambar. Pada pendapat saya konsert ke-empat ini adalah kegagalan yang mutlak.

Saya bukanlah seorang pemuzik profesional. Namun adalah jelas bahawa terdapat ketidaksinambungan yang nyata dalam pemilihan lagu bagi pelajar-pelajar dalam konsert kali ini.

Secara keseluruhannya, saya hanya boleh mengharap supaya para pelajar diberi lagu yang lebih bersesuaian dengan range vokal mereka. Bagi Toi pula, saya amat berharap bahawa beliau dapat diberikan lagu Inggeris yang rancak.

Namun harapan hanyalah harapan. Keputusan adalah di tangan tenaga pengajar AF. Mari kita lihat dalam masa beberapa jam lagi apakah cabaran yang akan diberikan kepada Toi dan rakan-rakan.

Tags: , , ,

One Response to “Persembahan Yang Cukup Masin”

  1. obi Says:

    ye la x brp menyerlah persembahan dia ni,
    hrp sgt toi kekal sampai top 5.

Leave a Reply