Toi Berjaya Ke Top 10!

Maaf kerana lambat menulis artikel ini, tapi bak kata pepatah Inggeris “Better late than never!”

Pada Sabtu lepas, kita dikejutkan dengan penyingkiran dua pelajar Akademi Fantasia 6 iaitu Naim dan Lufya. Toi pula hanya cukup-cukup mengumpul undian pada malam itu untuk berada di posisi ketiga terakhir. Mujurlah sokongan dari pengundi cukup untuk mengelakkan Toi dari tersingkir.

Kepada anda yang tidak dapat menonton konsert ketiga Toi, saksikanlah video klip persembahannya pada malam itu dibawah:

Secara peribadinya, saya merasakan lagu CINTA yang diberikan kepada Toi amatlah tidak sesuai untuk dijadikan lagu persembahan. Terus terang saya katakan lagu ini merupakan antara lagu terburuk pernah didendangkan oleh XPDC. Jika XPDC tidak dapat mendengdangkan lagu ini dengan baik, apakah peluang yang ada untuk orang lain?

Lagu assignment untuk Toi minggu ini lebih mencabar; Laukku Cukup Masin dari kumpulan Spider.

Lagu ini mempunyai tempo yang pantas dan senikata yang agak lincah. Memang pasti ia akan memberikan cabaran yang mantap untuk Toi mendendangkannya secara live.

Namun, saya berpendapat bahawa lagu ini dapat membawa Toi ke tahap seterusnya dalam perjalanannya sebagai pelajar AF6. Marilah kita mendoakan kejayaan Toi dan jangan lupa untuk AFUNDI TOI!

Tags: , , ,

Leave a Reply